Wednesday, 13 May 2015

Second Baby Kak Tipah

Hi

Dah bersawang dah blog ni. Tapi hari ni ada kelapangan dan kepala da kurang berpinau... so kak tipah pon rasa mcm nak menulis, maka terjadilah post ini.

Sekarang ni usia kandungan kak tipah da nak mencecah 7 bulan. Skejap je rasa masa berlalu. Lebih kurang lagi 2 bulan or so, sampai la date yg di tunggu2. Harap2 semuanya dlm keadaan selamat. In Shaa Allah... Tapi second pregnancy ni, kak tipah rasa lain mcm sket sbb loya2 nye sampai ke hari ni. Angin plak satu badan jgn cerita. Angin yang bloated tau... bukan hangennnn satu badan. :)

Banyak jugak la dugaan mengandungkan second baby ni. Kerja yg tough dan jarak perjalanan ke office... si Rhea Ariana ni lagi... wow! I am a truly SUPERMOM bebeh... tapi kita hadapi dengan redha. Mungkin akan berakhir dengan kemanisan. Gitteewwww....

Preparation untuk kelahiran mmg tak ada langsung. Mungkin before puasa nnt baru nak ready apa2 yang patut. Ye la... bole beli barang2 raya anak and A skali. Utk kak tipah xde ape nak dibeli... baju? Ohhhh tidak.... kak tipah pakai je la ape yg hado dlm keadaan skarang ni. Sbb nnt kak tipah da verangan nak setting badan balik... time tu baru la melaram nk tempah bebaju semua.... bhahahahahahhahaahaha... tinggi harapan kite u olls.

Lagipun barang baby si sulung MAYBE masih ada yg bile di recycle kot.. Tak payah nak membazir.. Jimat sket. CUMA kene tgk and pilihla dulu. Barang2 baby yg basic je la kene beli blk... tak zabarrrrnye nak ada baby...!

R.A.K

Thursday, 2 October 2014

Korean Series : Marry Him If You Dare

Entry ni untuk sesiapa yang suka tengok cerita Korea. Sinopsis yang aku nak tulis ni mungkin tak sehebat para-para blogger yang dah mahir comment atau review drama ke filem ke hape ke. Sekadar berkongsi pendapat je chu ollllllssss. Kita cuba sikit meh… Aku baru je habis tengok series ni.

“Marry Him If You Dare"
Episod : 16 Episod
 
 
Na Mi Rae bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan. Dia menjalani kehidupan yang biasa seperti perempuan lain sehingga dia berjumpa dengan dirinya yang datang dari masa depan.  Na Mi Rae (tua) yang datang dari masa depan bersungguh-sungguh untuk menghalang Na Mi Rae (muda) daripada menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pembaca berita, Kim Shin. Na Mi Rae (tua) cuba untuk mewujudkan jodoh antara Na Mi Rae (muda) dengan Park Je Soo, seorang Executive Director yang menyamar menjadi VJ di syarikat Kim Shin bekerja. Seo Yoo Kyung yang menaruh hati terhadap Park Je Soo turut terkena tempias permainan takdir Na Mi Rae(tua) kerana dia sepatutnya berkahwin dengan Park Je Soo di masa hadapan.
 
Sinopsis pendek yang boleh aku berikan. Kalau nak tahu, bolehlah tengok sendiri cerita ni.
Menarik juga lah tapi ending dia macam menghampakan sedikit. Tak tahulah kalau orang lain rasa okay je.

 

Tuesday, 30 September 2014

Saya Budak Masih Belajar : Maksud Perkataan IRONI

Secara jujurnya, aku tak tahu apa maksud ironi. Selalu baca apa-apa articles akan ada perkataan ni. Tak salah kalau kita mengaku tak tahu daripada cas-cas semua tahu.

IRONI bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Kata ironi lazimnya hadir pada permulaan ayat dan tidak perlu didahului dengan namun.Contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. - Sumber dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu .

Agak berat untuk faham contoh ayat di atas. Takpe, aku cuba cara lain untuk terangkan.

Guna gambarajah lah! Cuba tengok ni :

Gambar ni ambil dari effortlab. Pinjam ye.
Maksudnya, kita lukis gambar pokok atas kertas yang diperbuat daripada pokok. Ironi kan?

Lepas ni bolehlah guna perkataan yang advance sikit and kene selalu rajin-rajin bukak kamus balik. Selalu bukak Oxford je. Lepas ni nak buat macam ni " dalam satu hari, MESTI belajar satu perkataan dalam bahasa Melayu yang kita jarang/tak tahu guna".


Friday, 26 September 2014

Part 3 : Temuduga Pegawai Eksekutif Gred 19 - PERKESO

Okay okay okay... ni past yang last untuk entry ni. J A N J I !

Second interview diadakan pada hari yang sama juga. Jadi jantung pon mula berdegup dengan pantas. Wow! Boleh plak mcm ni. Nasib tak terus jalan balik. 5 minit lepas habis first interview, kakak yg buat registration tu panggil nama I dengan sorang lagi budak. Kiteorg pegi la depan and die cakap "awak dua org selected untuk 2nd interview. Jadi tunggu dulu. Jangan pergi mana2". Jam baru pukul 9.30am masa tu. Perut pon da berlagu. Ingat nak pegi la mana2 jap nak nyekek. Tapi akak tu cakap jgn sebab tak tahu bila interviewer tu nak proceed. Aish......Tungu punye tunggu, kul 12.30pm kau die baru proceed ngan 2nd interview tu! I da ala2 singa lapau baru die nak panggil. Grrrrrrr!

Sama jugak method yang mereka guna. 5 orang. Okay, sebab tak tahu apa yang dieorg akan tanya, sebelum masuk bilik tu sempat la tgk balik notes yang I prepare. Nasib la sekarang ni zaman smartphone. Jadi I pon meng-Google nama2 menteri untuk di imbas barang sekali dua. Tapi, seriously i tak tau kenapa interviewer ni sukeeeee sgt tanya nama2 menteri. Tau la nak test general knowledge tapi sape je yg hapal nama2 menteri ni? (unless my father in law cause he really is into politics).

Bermulalah sesi ini. Ayat Dato' tu : none of you are shortlisted here. So, i am giving you another chance to sell yourself and convince us, why should we hire you! Ding! Hahahaha part ni hakak suke! Yelaaaaa time ni la nak fefeeling bagus. Bila lagi kan? Org da suh market diri tu, up la puas2. Candidates lain pon ape lagi.. up la....... masing2 kan! Bila masing2 da "jual" diri masing2, interviewer plak tanya. Siapa nama menteri luar negari? kirk krik krik krik...... I gigih perah otak... alamak... ada bace tadi ni... " errr err D.S Hanifah" i jawab! Confident ni... then mereka tanye lagi, full name? dengan selamba je i jawab : "alamak, tak pasti pulak kalau full name." sebab my friend cakap jgn cakap tak tahu, jawab tak pasti. ehehehehe.. walaupon sebenarnye I mmg tak tahu siapakah itteewwww... *sorry*

Kiranya gagal la kiteorg jawab nama menteri tu. Dato' tu bising2 and sempat lagi cakap " this is orang muda zaman sekarang. general knowledge hancur!" adehhhh.. memang fail la kalau die tanye nama menteri. memang tak amek port plus I confuse! banyak sgt menteri dalam Malaysia ni.  (-__-)" *sorry again*

Kalau tak sebab soalan menteri ni, confirm dieorg hire I. bhahahahahaha... tapi tak tau la ape result die nanti. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Kalau tak, cuba lagi sampai dapat sebab ramai bebudak internal yg datang hari tu cakap interview ni just untuk cukup syarat je sebab dieorang mmg da ada shortlisted candidate dah... hmmmm putus harapan....

Hokkay, i belanja sket gambar masa hari tu. Sgt tak kreatif sume gambar yang diambil. Pfffttttttttt!!!


Bilik Temuduga

Nota saya! Sekeping je chu olls....

Ini part of candidates yang manage to go to the second interview



Thursday, 25 September 2014

Part 2 : Temuduga Pegawai Eksekutif Gred 19 - PERKESO

Lewat update part 2 masa interview tu hari. Takde mood ahhhh. Bosan gilehhh babs kat office ni. Tapi takpe, I cuba untuk ingat balik apa yang berlaku.. Cenggini cerita nye.......................

Kringggggg... kringggggggg...kringggggggg... Zap! 4.45am jam I da menjerit2 kat telinga belah kanan ni suruh bangun and pi la buat apa yang patut. Mak aihhhh... gigih tak gigih nama nye tu. Nak pergi IV nye pasal.. sanggup bangun seawal-awal tidak.. Biasa la org pompuan ni.. Malam da decide pakai baju lain, tapi bangun pagi kalau tengok baju tu tak kena, terpaksa la geledah gobok tu cari baju yang buat kn confident level kita lagi boost. Nak pegi IV maaaaa.....Da settle2 semua benda, jam 6.15 kejut A suh antau I pegi Perkeso tu... Dengan berat mata, A pon bangun mandi and dengan dia2 sekali siap nak pi kerja. Padahal die masuk kerja jam 11am. Nampak tak sayang die kat situ.... *mata terkebil2* muahahahahahahaha.... Yelah, gile ko! Nak melangak buat ape je lagi berapa jam tu???

Tepat jam 7.30am, I pon sampai la kat building tu.. Okay, A drop i kat opposite site and suh lintas sendiri.. Kalau u-turn takut lambat. Jammmmm baq ang! Pegi lift tekan button 19 and sampai la destinasi. Humang aihhh... dokek 60 org total candidates die panggil. I ingat I la paling awal, tapi i silap. Dah la I sorang je hamba Allah yang pakai seluar. Yang lain semua elok berbaju kurung (except yang lelaki eh). Tak tahu la nak rasa bangga ke or rasa pelik ngan diri sendiri.. Tapi takpe, I cuba confident... dan terus confident.............

Jam 8am kene register...So lepas semua da register, tibalah saat untuk masuk dalam bilik interview.. jeng jeng jeng... Interview kali ni dia panggil 5 orang sekaligus. Senang barangkali. Tak consume banyak masa penemuduga. Surprisingly... I was on the second group. Kira I org ke-7 la. Masa tunggu turn group kene panggil, perghhhhhhhhh dup dap nye jantung ni, Allah je yg tahu. Sbb ape dup dap? haaaa ni ha sbabnye :

1. attire takut macam tak proper... (tapi mmg sopan. sumpah!)
2. masa tengah tunggu turn, ada satu group dari internal kat belakang duk sok sek sok sek pasal apa yg interviewer nak tanya and dieorang siap ada manual bagai pasal interview ni. I je bawak note kecik je. satu A4. dah itu je nota yg ada. huarrrrgggggghhhhhh...
3. masa tengah tunggu turn jugak, candidate kat sebelah mcm nak masuk final exam. duk menghafal.
4. mostly budak2 group i nampak cam "sgt tahu" pasal interview ni.

Okay, sampai je trun my group, kiteorg pon masuk lah. Ada 3 interviewer. Yang duduk tengah tu Timbalan CEO die and lagi 2 org tu berjawatan gak la. Kalau tak, takkan jadi interviewer. Ye dok? So Dato' tu suh masing2 introduce diri and die tanya la kenapa nak kerja kat PERKESO. hm, jawapan candidates lain semuanya sopan. Jawapan I strait forward je. Securement. Pencen. Semi-government.
Senang. And then die suruh breifly explain apa itu PERKESO in english. Kat sini, i just nak bagitau yang i ni xde lah superb sgt bila communicate in english tapi, rasa kesian dekat kawan2 lain yang mcm tergagap bila bagi explaination. Mungkin dieorg pon nervous sama macam I. sampai interviewer tu sendiri ckp, "Relax lah. Jangan nervous". Ada sorang ni pulak sampai give up nak cakap. Kalau boleh tolong, I da tolong dah hari tu. Tapi bila habis je, I terus cakap kat budak tu masa kat luar, "you okay x?" then die senyum je. Kesal sedikit mungkin. Roughly itu je yang dieorg tanya masa 1st interview sebab ada 2nd Interview rupenye bagi selected candidates! Ingatkan seksa sampai situ je...

Nak tau lagi x? Sambung part 3 ek? bubbyeeeeeeeeeeeee :)





Monday, 22 September 2014

Temuduga Pegawai Eksekutif Gred 19 - PERKESO

Salam chu olls.... Esok I ada interview kat PERKESO untuk jawatan Pegawai Eksekutif ni. Masa mula2 apply dulu, tak sangka la pulak dapat panggilan untuk IV ni. Ye la sebab sambil lalu je apply. Memandangkan dah beberapa kali pergi IV yang macam ni, rasa mcm tak bersungguh pon ada. Walaupon dalam hati ni mmg la nak merasa macam mana kerja dengan badan berkanun ni even bukan government.

Kalau kita kerja dengan badan berkanun / jadi penjawat awam, kita akan rasa secure sgt untuk future kita. Mcm skarang ni kerja dalam aliran swasta, dah tua nanti takde pencen. Susah. Tengok mak-mak kita, tiap2 bulan adoooo je pencen masuk. Nak jugak rasa macam tu. Tapi tu lah, cuma bayaran yang akan di offer tak semewah kalau kita kerja private sector. Mmg akan ada pro and cons, semua kerja mcm tu. Mungkin die bagi kita kat sini lebih, sana kurang. Macam kerja sekarang ni la, comp & bens mmg tak cun. Rasa nak lari kat comp lama balik, but i have to wait at least a year to go back there.. Kalau ada rezeki In Shaa Allah...

Okay, Interview kat Perkeso ni punya lah awal... Jam 7.45am dah disuruh kite terpacak kat situ untuk registration. Mungkin candidates ramai, jadi sebab tu die suruh dtg awal kot... Tapi kenapa mesti nak sampai jam 5.30pm? Apa nak dibuatnye.... Training skali ke? Adehhhh... Nampak gaya jam 6.00am mesti dah kene gerak dari rumah. Sian A, dia lagi jadi mangsa kene hantar... *I rasa bersalah sangat ni* Then pukul berapa plak nak kene bangun nih?? Gigih!

Dah puas dah cari kat Internet konon2 mcm soalan contoh ke refrence ke pasal IV ni, tapi tak dapat satu pon. So kene redah je ke mcm mana ni? Boleh je nak redah tapi at least nampak la sikit macam da buat preparation. Tak de la tetiba hilang confidence kalau nampak candidates lain mcm da siap nak pi berperang... Ni kang tetibe awak je plak yang ter.. ter... ter......... Ke aku yang dah tak geti nak search ape kat Google ni? *Sigh* Ish, kenapa mcm banyak persoalan je entry I kali ni.. Adakah I is nervous? Gila tak nervous! Even 1% je chances I nak dapat kerja ni, I olls mmg berharap sangat... Taknak dah kerja kat comp yang boss die mcm "control freak".  *sigh lagi*

Wish me luck for tomorrow's battle guys!

Friday, 12 September 2014

Kerja Baru

Sikit je nak buat entry kali ni pasal da nak siap-siap balik rumah. Tepat je jam 6.00 petang, i terus nak shut down PC ni. Masuk hari ni da 2 minggu kerja kat company ni. Kalau nak tanya apa yang i da belajar setakat ni, jawapannya : TAK ADA APA. kenapa tak ada apa? maybe sebab belum ada project atau boss tak nak assign apa-apa task kat i.

Memang boring. Tersangat la boring. Serious. Sampai hari ni, i am trying to keep myself busy by shredding tonnes of paper. So far dah dapat 5 bag plastik sampah yang maha besau tu. Mula-mula bengang sebab apahal plak la kene shred documents yang kita boleh disposed macam biasa je, tapi hari ini I berterima kasih pada "org" yang suruh i buat kerja ni.

Kalau masuk 3rd weeks I am still doing nothing, rasanya I da bole start looking out. Bukan setakat tak ada kerja buat I bosan and rasa nak give up, tapi the surrounding makes me even want to quit dan2 ni jugak. Biasa lah, awak ni kuat bercakap, tapi kalau da sampai takde org nak diajak bercakap, boleh jadi gila I. Nanti i update lagi pasal surrounding. Tunggu habis 3rd weeks eh........