Thursday, 2 October 2014

Korean Series : Marry Him If You Dare

Entry ni untuk sesiapa yang suka tengok cerita Korea. Sinopsis yang aku nak tulis ni mungkin tak sehebat para-para blogger yang dah mahir comment atau review drama ke filem ke hape ke. Sekadar berkongsi pendapat je chu ollllllssss. Kita cuba sikit meh… Aku baru je habis tengok series ni.

“Marry Him If You Dare"
Episod : 16 Episod
 
 
Na Mi Rae bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan. Dia menjalani kehidupan yang biasa seperti perempuan lain sehingga dia berjumpa dengan dirinya yang datang dari masa depan.  Na Mi Rae (tua) yang datang dari masa depan bersungguh-sungguh untuk menghalang Na Mi Rae (muda) daripada menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pembaca berita, Kim Shin. Na Mi Rae (tua) cuba untuk mewujudkan jodoh antara Na Mi Rae (muda) dengan Park Je Soo, seorang Executive Director yang menyamar menjadi VJ di syarikat Kim Shin bekerja. Seo Yoo Kyung yang menaruh hati terhadap Park Je Soo turut terkena tempias permainan takdir Na Mi Rae(tua) kerana dia sepatutnya berkahwin dengan Park Je Soo di masa hadapan.
 
Sinopsis pendek yang boleh aku berikan. Kalau nak tahu, bolehlah tengok sendiri cerita ni.
Menarik juga lah tapi ending dia macam menghampakan sedikit. Tak tahulah kalau orang lain rasa okay je.

 

No comments:

Post a Comment