Tuesday, 30 September 2014

Saya Budak Masih Belajar : Maksud Perkataan IRONI

Secara jujurnya, aku tak tahu apa maksud ironi. Selalu baca apa-apa articles akan ada perkataan ni. Tak salah kalau kita mengaku tak tahu daripada cas-cas semua tahu.

IRONI bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Kata ironi lazimnya hadir pada permulaan ayat dan tidak perlu didahului dengan namun.Contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. - Sumber dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu .

Agak berat untuk faham contoh ayat di atas. Takpe, aku cuba cara lain untuk terangkan.

Guna gambarajah lah! Cuba tengok ni :

Gambar ni ambil dari effortlab. Pinjam ye.
Maksudnya, kita lukis gambar pokok atas kertas yang diperbuat daripada pokok. Ironi kan?

Lepas ni bolehlah guna perkataan yang advance sikit and kene selalu rajin-rajin bukak kamus balik. Selalu bukak Oxford je. Lepas ni nak buat macam ni " dalam satu hari, MESTI belajar satu perkataan dalam bahasa Melayu yang kita jarang/tak tahu guna".


Friday, 26 September 2014

Part 3 : Temuduga Pegawai Eksekutif Gred 19 - PERKESO

Okay okay okay... ni past yang last untuk entry ni. J A N J I !

Second interview diadakan pada hari yang sama juga. Jadi jantung pon mula berdegup dengan pantas. Wow! Boleh plak mcm ni. Nasib tak terus jalan balik. 5 minit lepas habis first interview, kakak yg buat registration tu panggil nama I dengan sorang lagi budak. Kiteorg pegi la depan and die cakap "awak dua org selected untuk 2nd interview. Jadi tunggu dulu. Jangan pergi mana2". Jam baru pukul 9.30am masa tu. Perut pon da berlagu. Ingat nak pegi la mana2 jap nak nyekek. Tapi akak tu cakap jgn sebab tak tahu bila interviewer tu nak proceed. Aish......Tungu punye tunggu, kul 12.30pm kau die baru proceed ngan 2nd interview tu! I da ala2 singa lapau baru die nak panggil. Grrrrrrr!

Sama jugak method yang mereka guna. 5 orang. Okay, sebab tak tahu apa yang dieorg akan tanya, sebelum masuk bilik tu sempat la tgk balik notes yang I prepare. Nasib la sekarang ni zaman smartphone. Jadi I pon meng-Google nama2 menteri untuk di imbas barang sekali dua. Tapi, seriously i tak tau kenapa interviewer ni sukeeeee sgt tanya nama2 menteri. Tau la nak test general knowledge tapi sape je yg hapal nama2 menteri ni? (unless my father in law cause he really is into politics).

Bermulalah sesi ini. Ayat Dato' tu : none of you are shortlisted here. So, i am giving you another chance to sell yourself and convince us, why should we hire you! Ding! Hahahaha part ni hakak suke! Yelaaaaa time ni la nak fefeeling bagus. Bila lagi kan? Org da suh market diri tu, up la puas2. Candidates lain pon ape lagi.. up la....... masing2 kan! Bila masing2 da "jual" diri masing2, interviewer plak tanya. Siapa nama menteri luar negari? kirk krik krik krik...... I gigih perah otak... alamak... ada bace tadi ni... " errr err D.S Hanifah" i jawab! Confident ni... then mereka tanye lagi, full name? dengan selamba je i jawab : "alamak, tak pasti pulak kalau full name." sebab my friend cakap jgn cakap tak tahu, jawab tak pasti. ehehehehe.. walaupon sebenarnye I mmg tak tahu siapakah itteewwww... *sorry*

Kiranya gagal la kiteorg jawab nama menteri tu. Dato' tu bising2 and sempat lagi cakap " this is orang muda zaman sekarang. general knowledge hancur!" adehhhh.. memang fail la kalau die tanye nama menteri. memang tak amek port plus I confuse! banyak sgt menteri dalam Malaysia ni.  (-__-)" *sorry again*

Kalau tak sebab soalan menteri ni, confirm dieorg hire I. bhahahahahaha... tapi tak tau la ape result die nanti. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Kalau tak, cuba lagi sampai dapat sebab ramai bebudak internal yg datang hari tu cakap interview ni just untuk cukup syarat je sebab dieorang mmg da ada shortlisted candidate dah... hmmmm putus harapan....

Hokkay, i belanja sket gambar masa hari tu. Sgt tak kreatif sume gambar yang diambil. Pfffttttttttt!!!


Bilik Temuduga

Nota saya! Sekeping je chu olls....

Ini part of candidates yang manage to go to the second interview



Thursday, 25 September 2014

Part 2 : Temuduga Pegawai Eksekutif Gred 19 - PERKESO

Lewat update part 2 masa interview tu hari. Takde mood ahhhh. Bosan gilehhh babs kat office ni. Tapi takpe, I cuba untuk ingat balik apa yang berlaku.. Cenggini cerita nye.......................

Kringggggg... kringggggggg...kringggggggg... Zap! 4.45am jam I da menjerit2 kat telinga belah kanan ni suruh bangun and pi la buat apa yang patut. Mak aihhhh... gigih tak gigih nama nye tu. Nak pergi IV nye pasal.. sanggup bangun seawal-awal tidak.. Biasa la org pompuan ni.. Malam da decide pakai baju lain, tapi bangun pagi kalau tengok baju tu tak kena, terpaksa la geledah gobok tu cari baju yang buat kn confident level kita lagi boost. Nak pegi IV maaaaa.....Da settle2 semua benda, jam 6.15 kejut A suh antau I pegi Perkeso tu... Dengan berat mata, A pon bangun mandi and dengan dia2 sekali siap nak pi kerja. Padahal die masuk kerja jam 11am. Nampak tak sayang die kat situ.... *mata terkebil2* muahahahahahahaha.... Yelah, gile ko! Nak melangak buat ape je lagi berapa jam tu???

Tepat jam 7.30am, I pon sampai la kat building tu.. Okay, A drop i kat opposite site and suh lintas sendiri.. Kalau u-turn takut lambat. Jammmmm baq ang! Pegi lift tekan button 19 and sampai la destinasi. Humang aihhh... dokek 60 org total candidates die panggil. I ingat I la paling awal, tapi i silap. Dah la I sorang je hamba Allah yang pakai seluar. Yang lain semua elok berbaju kurung (except yang lelaki eh). Tak tahu la nak rasa bangga ke or rasa pelik ngan diri sendiri.. Tapi takpe, I cuba confident... dan terus confident.............

Jam 8am kene register...So lepas semua da register, tibalah saat untuk masuk dalam bilik interview.. jeng jeng jeng... Interview kali ni dia panggil 5 orang sekaligus. Senang barangkali. Tak consume banyak masa penemuduga. Surprisingly... I was on the second group. Kira I org ke-7 la. Masa tunggu turn group kene panggil, perghhhhhhhhh dup dap nye jantung ni, Allah je yg tahu. Sbb ape dup dap? haaaa ni ha sbabnye :

1. attire takut macam tak proper... (tapi mmg sopan. sumpah!)
2. masa tengah tunggu turn, ada satu group dari internal kat belakang duk sok sek sok sek pasal apa yg interviewer nak tanya and dieorang siap ada manual bagai pasal interview ni. I je bawak note kecik je. satu A4. dah itu je nota yg ada. huarrrrgggggghhhhhh...
3. masa tengah tunggu turn jugak, candidate kat sebelah mcm nak masuk final exam. duk menghafal.
4. mostly budak2 group i nampak cam "sgt tahu" pasal interview ni.

Okay, sampai je trun my group, kiteorg pon masuk lah. Ada 3 interviewer. Yang duduk tengah tu Timbalan CEO die and lagi 2 org tu berjawatan gak la. Kalau tak, takkan jadi interviewer. Ye dok? So Dato' tu suh masing2 introduce diri and die tanya la kenapa nak kerja kat PERKESO. hm, jawapan candidates lain semuanya sopan. Jawapan I strait forward je. Securement. Pencen. Semi-government.
Senang. And then die suruh breifly explain apa itu PERKESO in english. Kat sini, i just nak bagitau yang i ni xde lah superb sgt bila communicate in english tapi, rasa kesian dekat kawan2 lain yang mcm tergagap bila bagi explaination. Mungkin dieorg pon nervous sama macam I. sampai interviewer tu sendiri ckp, "Relax lah. Jangan nervous". Ada sorang ni pulak sampai give up nak cakap. Kalau boleh tolong, I da tolong dah hari tu. Tapi bila habis je, I terus cakap kat budak tu masa kat luar, "you okay x?" then die senyum je. Kesal sedikit mungkin. Roughly itu je yang dieorg tanya masa 1st interview sebab ada 2nd Interview rupenye bagi selected candidates! Ingatkan seksa sampai situ je...

Nak tau lagi x? Sambung part 3 ek? bubbyeeeeeeeeeeeee :)





Monday, 22 September 2014

Temuduga Pegawai Eksekutif Gred 19 - PERKESO

Salam chu olls.... Esok I ada interview kat PERKESO untuk jawatan Pegawai Eksekutif ni. Masa mula2 apply dulu, tak sangka la pulak dapat panggilan untuk IV ni. Ye la sebab sambil lalu je apply. Memandangkan dah beberapa kali pergi IV yang macam ni, rasa mcm tak bersungguh pon ada. Walaupon dalam hati ni mmg la nak merasa macam mana kerja dengan badan berkanun ni even bukan government.

Kalau kita kerja dengan badan berkanun / jadi penjawat awam, kita akan rasa secure sgt untuk future kita. Mcm skarang ni kerja dalam aliran swasta, dah tua nanti takde pencen. Susah. Tengok mak-mak kita, tiap2 bulan adoooo je pencen masuk. Nak jugak rasa macam tu. Tapi tu lah, cuma bayaran yang akan di offer tak semewah kalau kita kerja private sector. Mmg akan ada pro and cons, semua kerja mcm tu. Mungkin die bagi kita kat sini lebih, sana kurang. Macam kerja sekarang ni la, comp & bens mmg tak cun. Rasa nak lari kat comp lama balik, but i have to wait at least a year to go back there.. Kalau ada rezeki In Shaa Allah...

Okay, Interview kat Perkeso ni punya lah awal... Jam 7.45am dah disuruh kite terpacak kat situ untuk registration. Mungkin candidates ramai, jadi sebab tu die suruh dtg awal kot... Tapi kenapa mesti nak sampai jam 5.30pm? Apa nak dibuatnye.... Training skali ke? Adehhhh... Nampak gaya jam 6.00am mesti dah kene gerak dari rumah. Sian A, dia lagi jadi mangsa kene hantar... *I rasa bersalah sangat ni* Then pukul berapa plak nak kene bangun nih?? Gigih!

Dah puas dah cari kat Internet konon2 mcm soalan contoh ke refrence ke pasal IV ni, tapi tak dapat satu pon. So kene redah je ke mcm mana ni? Boleh je nak redah tapi at least nampak la sikit macam da buat preparation. Tak de la tetiba hilang confidence kalau nampak candidates lain mcm da siap nak pi berperang... Ni kang tetibe awak je plak yang ter.. ter... ter......... Ke aku yang dah tak geti nak search ape kat Google ni? *Sigh* Ish, kenapa mcm banyak persoalan je entry I kali ni.. Adakah I is nervous? Gila tak nervous! Even 1% je chances I nak dapat kerja ni, I olls mmg berharap sangat... Taknak dah kerja kat comp yang boss die mcm "control freak".  *sigh lagi*

Wish me luck for tomorrow's battle guys!

Friday, 12 September 2014

Kerja Baru

Sikit je nak buat entry kali ni pasal da nak siap-siap balik rumah. Tepat je jam 6.00 petang, i terus nak shut down PC ni. Masuk hari ni da 2 minggu kerja kat company ni. Kalau nak tanya apa yang i da belajar setakat ni, jawapannya : TAK ADA APA. kenapa tak ada apa? maybe sebab belum ada project atau boss tak nak assign apa-apa task kat i.

Memang boring. Tersangat la boring. Serious. Sampai hari ni, i am trying to keep myself busy by shredding tonnes of paper. So far dah dapat 5 bag plastik sampah yang maha besau tu. Mula-mula bengang sebab apahal plak la kene shred documents yang kita boleh disposed macam biasa je, tapi hari ini I berterima kasih pada "org" yang suruh i buat kerja ni.

Kalau masuk 3rd weeks I am still doing nothing, rasanya I da bole start looking out. Bukan setakat tak ada kerja buat I bosan and rasa nak give up, tapi the surrounding makes me even want to quit dan2 ni jugak. Biasa lah, awak ni kuat bercakap, tapi kalau da sampai takde org nak diajak bercakap, boleh jadi gila I. Nanti i update lagi pasal surrounding. Tunggu habis 3rd weeks eh........

Wednesday, 10 September 2014

Bio-Essence Miracle Spray

Ini bukan product review tapi saja je nak share pasal product Bio-Essence Miracle Bio Water ni. I have been using this product for almost 2 months and I found that this is really a miracle spray. Serious tak tipu.
 
Mula2 beli sbb ada promo buy 2 of this spray for a price of one product. Tak sangka plak result die mmg memuaskan hati. A ada cakap "alah u tu, memula je beria... pastu tah kemana2 tah spray tu". I pon nak tunjuk la yg kita ni bukan beli saja2 jeeee. Mmg nak guna. Mmg tengah cari ponnnnn.
First time guna mmg muka rasa segar je. Best giler. Sbb spray ni cepat meresap dalam kulit bila spray kat muka. A tengokkan je masa I pakai. Lama2 die pon nak try. Lepas da try, dia plak yang mintak sebotol kat kita. Tapi, no no no no..... beli sendirik. Muahahahahaha.
 
Spray ni bagus untuk muka, kulit dan rambut. Even baby pon boleh guna. I spray kat rambut and muka Ariana. Suka dia... Kalau nampak muka dia kering je, cepat2 terus spray. After make up pon boleh guna spray ni untuk nampak effect ala2 lembap gittteeewww! Cantik tau! Tak caya pi cuba... Harga pon affordable. RM38.90 sahajjjj. Sekarang ni, tak pernah missed pakai spray magic ni. Suka!
 

Spray yang sangat MAGIS!

Bacalah!
Sekarang ni spray tinggal sebotol je lagi sebab sebotol ni boleh tahan sampai 2 bulan. Kalau guna 8 kali sehari mungkin sebulan je boleh tahan.. ehehehe.. But tak kisah pon kalau korang guna banyak kali. Lagi best kot I rasa. Cubalah! Hah, da banyak kali I promote suh cuba... Cube ek?

Friday, 5 September 2014

Nak Kurus & Nak Cantik

Dah lame tak menaip. Kali ni nak cerita pasal aku punye goal nak kurus and nak cantik! Ini goal gigih nama dia. Sesiapa yang tak gigih tak bole buat. Kenapa nak kurus dan cantik? Bila kita kurus secara automatiknye kita akan cantik. contohnye mcm aku, kalau aku kurus, kalah laaaaaaa retis2 kat Malaya ni... (kidding)

No, seriously, bila kita kurus, kita punya level confidence akan jadi lebih tinggi. Kita tak rasa segan nak keluar dan berdepan dengan orang dan akan fefeling cantikkkk je sepanjang masa. Ini pada my point of view la. Sape tak setuju, boleh blah! Sebabnya, berat badan aku ni mmg mcm yoyo. Kejap naik, kejap turun. Jadi, ceritanya skang ni aku punye berat mmg da mencanak. Almost ke angka 8! Seram kan?

Hari tu aku chat dengan kawan aku, die suggest buat Diet Atkins je sbb die da bole shred 3kg for 9 days! Weyh, banyak tau 3kg tu. Kalau aku dapat buang 3kg, rasa mcm nak war2 kan kat satu donia kegembiraannya tu.

Okay, apa itu Diet Atkins? I bagi basic info la ye..... ini I petik sumber dari Google!

Diet Atkins ini adalah Atkins Nutritional Approach (ANA) yang mempunyai 4 peringkat
Peringkat 1: Induction
Peringkat 2: Ongoing Weight Loss
Peringkat 3: Pre-maintenance
Peringkat 4: Lifetime Maintenance

 
Induction Diet Atkins anda dihadkan 20gram Karbohidrat. Tujuannya? Memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa.
 
Hah, 1st phase ni kene buat Induction. Induction ni kene buat dalam 2 weeks atau sampai berat yang diinginkan. So, dalam 1st phase ni, jumlah carbs yang kita bole amek is only 20g. I repeat, 20g! Tapi, sebenarnye banyak benda yang kita bole telan sampai kenyang kalau buat DA ni. Sebabnye, ikan ke ayam ke daging ke, korang bole telan banyak mana yang korang nak. Asalkan tak makan, nasi, tepung, mee senang cite semua benda bertepunglah! Ha, lagi satu, kene minum air masak dalam 3-4 liter sehari. Mampu?

Sesungguhnya aku nak bagitau ni, aku da acah2 start buat diet dari 1 Sept. Tapi aku banyak cheat la... Sebab kat food court ni susah nak cari mknn! Nasiiiiii je merata tempat. Hahaha alasan aku ek? So kira tak jadi la induction aku ni sbb aku cuma tak makan nasi and tepung2 tu je. Aku banyak minum coffee which is a big NO in DA cause sugar is forbidden during Induction phase. Tak gigih la aku ni kirenye ek? Whatever... tapi, even cheat2 pon, aku manage to lost 1kg.. which makes me realize, aku mmg kene kurangkan portion makan aku.

Next week nak start shopping brg2 masak utk prepare DA ni. Bawak dari rumah je la makanan. Terkawal sket. And one more thing, i will try to drink black coffee W/O sugar. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan.................... or replace je la dengan green tea balik. *crying hard*