“Marry Him If You Dare"
Episod : 16 Episod
Na Mi Rae bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi
sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan. Dia menjalani kehidupan yang biasa
seperti perempuan lain sehingga dia berjumpa dengan dirinya yang datang dari
masa depan. Na Mi Rae (tua) yang datang
dari masa depan bersungguh-sungguh untuk menghalang Na Mi Rae (muda) daripada
menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pembaca berita, Kim Shin. Na Mi Rae
(tua) cuba untuk mewujudkan jodoh antara Na Mi Rae (muda) dengan Park Je Soo,
seorang Executive Director yang menyamar menjadi VJ di syarikat Kim Shin
bekerja. Seo Yoo Kyung yang menaruh hati terhadap Park Je Soo turut terkena
tempias permainan takdir Na Mi Rae(tua) kerana dia sepatutnya berkahwin dengan
Park Je Soo di masa hadapan.
Sinopsis pendek yang boleh aku berikan. Kalau nak tahu,
bolehlah tengok sendiri cerita ni.
Menarik juga lah tapi ending dia macam
menghampakan sedikit. Tak tahulah kalau orang lain rasa okay je.